Imported Car Dealer

Selling Recon Car: Audi BMW Bently Ferrari Honda Lamborghini Lexus Maserati Mini Mercedes Benz Nissan Porsche Range Rover Toyota Volkswagen

Selling Brand New: Proton Kia Perodua Toyota Honda Volkswagen

Thursday, 11 June 2015

Dinar Emas Yang Amat Di Geruni Zionis, Amerika Dan Barat


Rahsia Tersembunyi Yang Amat Digeruni Yahudi


Malaysia diambang kemusnahan. Mungkin ada yang marah atau tertawa atau tersenyum sinis mendengar ungkapan ini. Untuk sementara waktu, lupakanlah sangkaan dan jauhilah permasalahan politik kerana ia lebih jauh dan rumit dari sangkaan itu.

Sukar untuk menelah apa sebenarnya yang bakal berlaku. Namun angin bertiup menjadi semakin kencang dan panas di negara hutan hujan tropika ini. Malaysia terselamat dari bencana alam yang dahsyat. Tiada gunung berapi ataupun lingkaran gempa bumi. Namun, bencana lain yang bakal melanda. Malah ia lebih bersifat kemusnahan "kemanusiaan". Bencana yang akan mengalirkan air mata berbaur darah. Sukar dimengerti sehinggalah ia benar-benar terjadi kelak. Bangsa yang hidup harmoni dan diperakui sebagai bangsa yang paling lembut bertoleransi ini bakal diregut dengan ganas atas kerakusan pengikut Dajjal. Malangnya ia didalangi oleh pengkhianat dari bangsa ini juga.

Kita toleh ke arah negara Arab seketika untuk cuba memahami situasi tersebut. Arab didorong untuk berbunuhan sesama sendiri, begitu juga Melayu akan dihasut untuk berbunuhan sesama Melayu. Fakta terbaik, kita boleh renungkan peristiwa Libya. Kesudahannya hampir pasti. Apa perasaan anda? Mungkin ada yang tidak pernah ambil peduli kerana ia masalah negara Arab. Ada sedikit yang rasa gembira kerana tumbangnya seorang pemimpin zalim (adakah benar?). Pendokong sekular bersorak kerana demokrasi sekular bakal menerajui Libya. Ada pula telah melupakannya atau menganggap ia hanyalah krisis biasa. Namun saya mengajak semua memikirkannya kembali sebagai iktibar.

LIBYA SEBENAR bukanlah seperti yang dilaporkan oleh media. Tangan Hitam telah menjadikan Gaddafi sebagai sasaran melalui perancangan yang cukup rapi. Membangunkan emosi orang Arab untuk membenci pemimpin mereka. Media antara bangsa dikerah untuk membuat liputan berat sebelah. Seluruh negara Arab bergolak (digolakkan) untuk memudahkan penipuan atau menyembunyikan "Hakikat Sebenar" matlamat mereka dari diketahui dunia.   Perencanaan mereka untuk menghapus dua lagi musuh yang sangat menyusahkan mereka. Pemimpin Libya dan Syria. Musuh pertama telah pun dikuburkan iaitu Saddam Hussein.

Sila lihat pendedahan dari penulis Barat mengenai Gaddafi: Muammar Gaddafi - The Truth!

Untuk mengelabui mata dunia, perancangan ini tidak menjurus terus kepada Libya dan Syria sebaliknya mengucar kacirkan beberapa negara lain terlebih dahulu termasuk juga kerajaan beraja. Ia sengaja diatur supaya kelihatan seperti gerakan revolusi rakyat menuntut kebebasan. Namun tindakan terhadap negara selain dari Libya dan Syria kelihatan amatlah berbeza. Kerajaan beraja Arab telah diselamatkan melalui beberapa kaedah yang pelik diterajui oleh kerajaan Wahhabiah Saud Arabia.

Setelah Tunisia, kekacauan meletus di Mesir pula. Semua ini adalah gimik dan Hosni Mubarak dijadikan "kambing Hitam" untuk menutup niat mereka sebenar. Tak perlu NATO atau boss mereka USA membuat serangan tentera menjatuhkan Hosni Mubarak. Cukup dengan peranan beberapa proksi sahaja.

Dalam waktu yang sama rakyat Libya dihasut melalui sentimen dan keghairahan untuk menukar kerajaan. Peristiwa di Mesir dijadikan contoh dan ikutan. Mereka dipacu oleh agen-agen rahsia CIA dan MOSSAD meniupkan sentimen anti pemerintah.

Kaedah yang digunakan seiras dengan apa yang telah digariskan dalam protokol zionis dan perancangan rahsia Illuminati. Malangnya rakyat Libya telah dikeliru malah begitu mudah dihasut melalui pelbagai maklumat palsu yang dibangunkan secara sistematik supaya membenci Gaddafi. Peranan Facebook dan media alternatif dipergunakan secara maksimum sebagai alat propaganda terbaik bagi menutup suara kerajaan. Media lain telah dilabel sebagai alat kerajaan dan hanya memuatkan berita yang memihak pemerintah atau alat propaganda pemerintah. Rakyat Libya disaran supaya mengabaikannya. Hal yang sama sedang menular di negara ini.

Senjata utama siri kejatuhan negara Islam ini ialah "PEMBOHONGAN". Pembohongan bermaksud "Dusta" itu adalah gelaran yang senonim dengan Dajjal Laknatullah. Fitnahnya berpaksikan pendustaan yang hebat sehingga orang beriman pun akan hilang kewarasannya.

Apabila terpengaruh dengan janji manis untuk hidup bebas (tanpa had) seperti masyarakat Barat, Demokrasi dimomokkan sebagai sesuatu yang amat indah, untuk itu rakyat Libya sanggup mengorbankan segalanya.

Seperti mana Iraq. Barat membina helah, membantu mempercepatkan kemusnahan dengan pelbagai sekatan dan ugutan. Bertujuan untuk melemahkan Gaddafi. Akibatnya rakyat menjadi mangsa. Hidup menderita dan mengalami kesusahan. Pada waktu ini terhamburlah janji "Gunung Roti" bakal dinikamati dan ia ditawarkan sebagai ganjaran jika membuang pemerintah sedia ada. Ingatlah mereka mencipta masalah diikuti tawaran penyelesaian. Bagi sesiapa yang sudah memahami perancangan zionis " The Protocols of the Elders of Zion"  perkara ini bukanlan sesuatu yang ganjil.

Itulah keadaan sebenar yang berlaku yang tidak disedari oleh kebanyakan orang. Nasib yang sama bakal dilalui oleh semua negara Islam. Tidak terkecuali Malaysia dan Indonesia. Dajjal tidak akan membenarkan Islam dan segala sistemnya diketengahkan. Para pemimpin negara Islam yang degil haruslah bersedia untuk mati atau hidup dalam penjara kerana dunia kini milik Dajjal.

(Muammar Gaddafi bersama Presiden Mahmoud Abbas didalam khemahnya)

Siapa Gaddafi sebenarnya?

Keburukan demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini. Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya iaitu Dinar Emas. Usahanya hampir berjaya dan diterima oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro.

Dari saat inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk melakukan sabotaj dan menabur peropaganda. Berita sebenar ditutup dari pengetahuan dunia.

Terima kasih diucapkan kepada sdr Zulkifli kerana membongkar rahsia yang terpendam ini untuk dihayati oleh pembaca yang tidak mengetahui atau telah dipesona oleh dusta tajaan Dajjal. Saya petik tulisan Zulkifli Nordin dari blognya.


Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik.

kredit untuk
Zulkifli Bin Noordin

Catatan tambahan:

Kolonel Muammar Muhammad al-Gaddafi[1] (Arab: مُعَمَّر القَذَّافِي‎ Muʿammar al-Qaḏḏāfī audio(bantuan·maklumat)) (lahir 7 Jun 1942) adalah seorang pemimpin politik dan revolusi Libya. Beliau telah menjadi Presiden Libya semenjak menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tak berdarah pada 1969 dan menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya.[2]. Tempoh pemerintahan yang kini hampir mencecah 42 tahun membuatkan beliau antara pemimpin terlama memerintah dalam sejarah.[3]

Ideologi Gaddafi dipanggil Teori Antarabangsa Ketiga dan dihuraikan dalam Buku Hijau. Buku ini disebar ke seluruh dunia secara percuma. Gaddafi dikatakan pernah menaja beberapa kumpulan pemberontak termasuk Gerakan Moro di selatan Filipina. Enam hari selepas Amerika berjaya menangkap Saddam Hussein , Gaddafi berikrar memusnahkan senjata pemusnah WMD. Ekoran komitmen itu, pada 15 Mei 2006, Setiausaha AS, Condoleezza Rice mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik AS-Libya.

Pada awal Februari 2011, bantahan politik besar, yang didorong bantahan di TunisiaMesir dan bahagian lain dunia Arab, meletus di Libya menentang kerajaan Gaddafi dan dengan cepat bertukar menjadi perang saudara. Gaddafi berikrar "mati syahid" jika perlu dalam perjuangannya menentang pemberontak dan kuasa luar, menyatakan yang mereka yang memberontak terhadap kerajaannya berhak mati.[4][5][6] Pada 17 Mei 2011 Mahkamah Jenayah Antarabangsamengeluarkan permohonan waran tangkap terhadap Gaddafi atas sebab jenayah terhadap kemanusiaan;[7] pada 27 Jun, pernohonan ini diterima dan waran dikeluarkan terhadap Gaddafi dan anaknya Saif al-Islam.[8][9]

Pada Ogos 2011, Gaddafi terus diburu oleh pemberontak tetapi beliau dan tujuh anak lelakinya berjaya melarikan diri.

Kehidupan awal

Gaddafi adalah anak bongsu dalam keluarga petani di padang pasir kering kontang di Oasis Hun,Sirte. Beliau keturunan suku Arab Badwi [Berber]] , Qadhadhfa. Datuknya, Abdessalam Bouminyar dikatakan mati syahid ketika menentang penjajahan Itali ke atas Libya di Khoms pada 1911.

Menerima pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan dari 1956 hingga 1961. Gaddafi begitu kecewa apabila dunia Arab / Palestin kalah kepada Israel dalam perang 1948.

Pada akhirnya Gaddafi dan rakan-rakan dari sekolah ini telah menjadi kumpulan teras revolusi dan merampas kepimpinan negara Libya. Inspirasi Gaddafi ini adalah Gamal Abdel NasserPresiden Mesir yang telah menjatuhkan kerajaan monarki di Mesir. Pada 1961, Gaddafi telah keluar dari Sebha dan memulakan aktiviti politik secara aktif.

Kemudian, Gaddafi belajar undang-undang di Universiti Libya dan lulus dengan cemerlang. Selepas itu, beliau menyertai Akademi Tentera di Benghazi pada 1963. Di sini, beliau bersama sekumpulan yang lain telah membentuk kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya yang pro Barat. Selepas tamat belajar pada 1965, dia telah dihantar ke Britain untuk latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus Britsih (British Army Staff College) dan pulang pada 1966 dan berkhidmat sebagai pegawai komunikasi dalam Signal Corps.

Pada 1 September 1969, satu kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin oleh Gaddafi telah melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris 1 yang ketika itu menjalani rawatan perubatan diTurki. Sepatutnya anak saudara Raja Idris 1 yang bernama Tengku Mahkota Hasan as-Senussi ditabal sebagai raja pada 2 September apabila Raja Idris turun tahkta pada 4 Ogos 1969. Namun, pegawai-pegawai revolusi enggan menerima Hasan sebagai raja Libya yang baru. Sebelum 1 September 1969, kerajaan sedia ada dimansuhkan dan Tengku Mahkota Hasan telah dijadikantahanan dalam rumah. Semua media merujuk Gaddafi sebagai "Pemimpin besar dan Pengasas Revolusi."

Tidak seperti pemimpin diktator tentera yang lain, Gaddafi mendakwa dirinya sebagai putera mahkota atau mendakwa sebagai pemimpin tentera yang memonopoli kuasa politik. Sebaliknya, beliau hanya kekal sebagai kolonel dan pangkat itu kekal hingga ke hari ini. Gaddafi sering melaungkan Libya "diperintah oleh rakyat" .Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser kekal sebagai kolonel selepas merampas kuasa manakala Jerry Rawlings, bekas Presiden Ghana, tidak memegang pangkat tentera tinggi daripada leftenan udara.

Sementara di Republik El Salvador yang diperintahkan oleh Leftenan Colonel Oscar Osorio (1950 - 1956); Leftenan Kolonel José Marísatu Lemus (1956 -1960) dan Leftenan Kolonel Julio Adalberto Rivera (1962 - 1967).

Rejim tentera Gaddafi memiliki campuran semangat kebangsaan Arab , nasionalisme dansosialisme berteraskan Islam. Gaddafi memanggil negara Libya sebagai negara kebajikan dengan sistem pemerintahan secara "langsung, popular demokrasi" dan lebih sesuai dikenali sebagai "Sosialisme Islam" . Libya kini membenarkan ekonomi dikawal oleh syarikat-syarikat kecil dengan kawalan minimum daripada kerajaan.

Gaddafi juga memmperkenalkan sistem moral Islam yang melarang minuman alkohol dan berjudidi kalangan rakyatnya. Falsafah politik beliau direncakan dalam sebuah buku rasmi Libya yang dinamakan 'Buku Hijau'. Buku Hijau ini merangkumi 3 jilid dan dicetak di antara 1975 dan 1979.

Bagaimanapun, dalam praktik pemerintahan , sistem politik yang dilaksanakan tidaklah idealis sebagaimana sepatutnya. Ini kerana Presiden Gaddafi berhadapan dengan kekangan dalam negeri dan terpaksa berhadapan dengan tekanan antarabangsa.

Jawatankuasa Revolusi memutuskan semua penentang Libya di luar negara hendaklah dibunuh. Berdasarkan keputusan tersebut skuad pembunuh telah dikirim ke luar negara. Sembilan rakyat Libya telah dibunuh dan lima daripadanya telah dibunuh di Itali.

__________________ 

Tidak mustahil rakyat Libya akan menderita sebagaimana nasib saudara mereka di Iraq. Itulah kebebasan dan  keindahan demokrasi yang diidam oleh rakyat Libya. Mereka tidak belajar dari peristiwa Saddam Hussein dahulu malah bersedia dibutakan mata hanya dengan khayalan umpama filem Hollywood. Segala hasil negara bakal dipunggah keluar dan rakyat Libya dipaksa membayar kos perang NATO. Bahagiakah mereka? Kesah ini umpama hikayat Melayu, "Lebai Malang".

Demokrasi adalah Syaitan paling kejam yang nyata memanipulasi manusia di akhir zaman ini. Mampukah kita lari dari syaitan ini? Paling jauh kita hanya mampu berusaha agar syaitan ini tidak mudah membinasakan saki baki iman yang ada. Itu pun jika kita rasakan berada dikelompok manusia beriman. Untuk itu patuhilah saranan Rasulullah SAW mendindingi diri dari fitnah Dajjal. Dinasihatkan agar menghafal dan sering amalkan 10 ayat surah al Kahfi tanpa jemu. Kita akan diperlihatkan KafFaRa di "dahi" Dajjal ini. InsyaAllah.

Kita bernasib baik kerana kita diantara mangsa mereka yang terakhir, bukan yang terawal seperti Asia Tengah dan Asia Barat. Mungkin sememangnya Allah merencanakan begitu agar kita dapat bersedia sebelum terlambat. Pastinya doa para Aulia diperkenankan Allah SWT. Bersyukurlah. Segala kemelut politik dan sosial yang berlaku mutakhir ini sepatutnya segera mematangkan kita bukan sebaliknya.

Memandangkan kita sekian lama merangkul demokrasi sekular, halacara menjatuhkan pemerintahan sedia ada menjadi sedikit sukar. Namun melalui proksi mereka yang berjiwa kental dan liat, mereka masih berpeluang mengucar kacirkan negara ini. Walaupun starategi terpaksa diubah dan disesuaikan dengan keadaan, perancangan untuk menjatuhkan pemerintah Islam tetap akan dilaksana terutama yang melaksana sistem yang berbeza dengan apa yang mereka sarankan.

Malaysia juga diantara negara yang cuba popularkan "Dinar Emas" satu masa dahulu tetapi menenggelamkan hasrat tersebut setelah dapat menghidu bencana yang bakal dihadapi. Harus diingat, selain Malaysia negara yang cuba bangunkan projek "Dinar Emas" ini ialah Iraq dan Libya. Iraq dan Libya telah dihanguskan dan projek tersebut telah ditamatkan. Tidak mustahil pula Iraq dan Libya mempunyai rezab bijih emas di bawah perutbumi padang pasir yang luas itu. Sebab itu mereka berani menyuarakannya.


 



Apa yang berlaku kini, dinar dan dirham dikeluarkan di Malaysia hanya sebagai jualan "koleksi" bukan sebagai matawang rasmi. Ia tidak menggugat sistem kewangan antarabangsa. Zionis tetap mencurgainya dan bimbang Malaysia mengambil langkah drastik mengisytiharkan untuk menggantikan wang kertas satu masa nanti. Mereka tahu Malaysia antara negara yang berani membuat pilihan sendiri mengawal sistem kewangannya dan berupaya mengenepikan pandangan pakar IMF.

Rekod mengenai hasrat kerajaan Malaysia mahu menggunakan "Dinar Emas" sebagai forex atau tukaran perdagangan antarabangsa disatu masa dahulu masih tersimpan kemas dalam diari Illuminati dan zion, mereka masih tidak percaya Malaysia telah melupakan hasrat tersebut. Itulah mimpi ngeri bagi Illuminati yang sekian lama telah menipu dunia melalui terbitan "wang kertas" yang bersandarkan hutang (debt/riba) itu. Syarikat yang mencetak wang kertas ini juga milik mereka dan proksi mereka.

Untuk menghilangkan terus kemungkinan ini, pemerintah sekarang harus diganti dengan proksi mereka. Siapakah proksi mereka? Akan didedahkah sedikit waktu lagi bila masa mengizinkan. Mungkin bukan dalam blog ini kerana komputer peribadi saya sudah diintip dan perhubungan internet pula sering terganggu.

Jika rakyat negara ini masih siuman, ingatlah bahawa fitnah Dajjal itu amat menyesatkan dan mustahil umat yang kurang imannya dapat melepaskan diri. Setelah tumbangnya Syria (pembesaran Israel), Malaysia akan jadi medan baru jika Indonesia dapat ditawan secara aman. Dalam pada itu jika pembaca meyakini kemungkinan ini bukan sekadar hipotesis, adalah dinasihatkan supaya segera mengumpul "dinar/dirham (emas dan perak) Malaysia" sekadar yang terdaya. Kerajaan negeri Kelantan juga telah mengeluarkannya. Secara tidak langsung ini menunjukkan kerajaan Kelantan juga telah mengetahui kemungkinan apa yang bakal terjadi atau mungkin hanya bertujuan menghidupkan kembali tradisi Kelantan sebelum dijajah British.



Kemerosotan nilai wang kertas akan menjadi semakin tenat sekiranya kesatuan negara Eropah gagal mengekang kejatuhan ekonomi negara anggotanya. Ditokok pula semakin lemah kepercayaan dunia terhadap kestabilan USD. Ringgit Malaysia juga tidak akan dapat melepaskan diri dari ikut tersungkur sama. Buat waktu ini, USA masih berupaya melindungi kejatuhan nilai dollarnya, tidaklah diketahui berapa lama lagi ia dapat bertahan. Mungkin setahun, dua tahun atau lima tahun sahaja lagi. Keadaannya dilapurkan sangat tenat.

Emas akan menpunyai nilai yang berkali-kali ganda dari nilainya sekarang bilamana nilar ringgit merosot kelak kerana ringgit juga masih berdiri atas nisbah tukaran antarabangsa yang dikuasai IMF. Semua wang kertas dunia bersandar kepada bon dan "debt" atau nama asalnya ialah RIBA. Inilah perusahaan Illuminati (anggota Dajjal) selama ini. Mereka mengumpul emas sebaliknya memaksa dunia menggunakan wang RIBA.

Tanah Melayu pernah digelar Semenanjung Emas. Pastinya emas menjadi nadi ekonomi  penduduk purba Semenanjung Tanah Melayu. Sejarah ini telah berjaya ditutup rapat oleh British dan sejarah orang Melayu hanya bermula dari kewujudan Kesultanan Melaka..

Walaupun beratus tahun menjajah Tanah Melayu,  namun atas kehendak Allah mereka masih gagal menemui simpanan emas kecuali simpanan terhad di Pahang. Pelbagai ekpedisi dilakukan hingga ke seluruh hutan rimba banjaran Titiwangsa. Di mana tempat tinggi mereka mendirikan penempatan dengan alasan sebagai kawasan rehat. Mereka tetap gagal mengesan simpanan emas di perut bumi Tanah Melayu ini. Apa yang diizinkan Allah untuk mereka hanyalah bijeh timah.

Tumpuan mereka hanya untuk menjajah Tanah Melayu dan bersedia pula melepaskan negeri Fathani kepada penguasaan Siam melalui satu triti. Tentu ada sebabnya. Dapatkah dibayangkan apa akan berlaku sekiranya mereka menemui simpanan emas yang banyak di sini? Keadaannya tentu sekali berbeza dari apa yang wujud sekarang.

Simpanan rezab emas "mentah" Tanah Melayu memang banyak, Illuminati dan talibarutnya telah lama mengetahuinya. Melalui kecanggihan teknologi yang mereka miliki, dalam diam mereka telah mengkaji, mengesan dan memantau secara rahsia kedudukan dan nilai rezab tersebut.

Kerajaan sekarang juga sudah lama mengetahuinya (sebab itu PM terdahulu pernah membayangkan penggunaan dinar emas sebagai sandaran perdagangan menggantikan USD). Menjadi tanggung jawab kerajaan untuk merahsiakannya dari pengetahuan umum demi keselamatan negara atas nasihat pakar strategik.

Sebab itu mereka (zion) akan cuba sedaya untuk menghalang kerajaan sekarang dari terus memerintah. Walaupun pemerintah negara ini tidaklah sebaik sepertimana yang semua orang diharapkan, namun sehingga kini mereka masih berupaya melepaskan diri dari perangkap Yahudi (zion/illuminati).

Allah masih belum izinkan mereka menjatuhkan pemerintah yang ada . Andai sebaliknya berlaku, proksi mereka akan mengambil alih pemerintahan dan dengan mudah semua rezab ini diangkut ke Jurussalem secara rahsia. Masa untuk mereka semakin suntuk. Usaha mereka selama ini masih belum menampakkan hasil. Kini dengan bantuan Jesuit (cawangan gerakan sulit zionis), mereka berharap keadaan akan berubah dan memihak kepada mereka. Sebagai makluman, Jesuit telah hampir berjaya menawan Indonesia melalui gerakan para proksinya. Gerakan Islam di sana semakin lemah dicemari LIBRALISMA kecuali Acheh.

Walau bagaimanapun, hanya Allah yang tahuuntuk siapa rezab ini disimpan begitu lama.Perancangan Allah melangkaui tipudaya makhluk. Hakikatnya segala rahsia adalah "hak Mutlak" Allah Subhana Wa Taala. Wallahu A'lam.

-ABATASA-

Sebagai tambahan maklumat:

Muammar Gaddafi telah diliwat (pada duburnya) dengan pisau sebelum dibunuh. Siapakah yang mengajar manusia Arab (Islam) memperlakukan perkara sebegitu zalim kepada musuhnya?

Gaddafi sodomized with a knife before lynched from "peaceful & democracy friendly" rebel fighters

0:17

The following content has been identified by the YouTube community as being potentially offensive or inappropriate. Viewer discretion is advised.





Berita ini amat memalukan seluruh Umat Islam yang sepatutnya mempunyai pekerti yang terbaik sesuai dengan ajaran agama. Setelah belajar dan bersekongkol dengan Iblis, mereka sanggup lakukan apa sahaja walaupun menjatuhkan maruah bangsa dan agama. Harap perkara sebegini tidak berlaku di negara kita. Ada diantara kita yang menganggap kekacauan di Asia Barat dan Utara Afrika sebagai "kebangkitan Islam" dan ada pula yang menggunakan selogan  "revolusi palsu Arab" sebagai satu momentum menjatuhkan pemerintah Malaysia.

Beginilah bentuk DEMOKRASI yang diperjuangkan oleh pemberontak Libya. Kebebasan tiada had. Siapa yang lebih zalim antara Gaddafi dan musuhnya?, anda sendiri dapat memberi jawapan. Semoga ia memberi kesedaran kepasa bangsa kita agar berwaspada terhadap permainan musuh yang tersembunyi.

#copy paste

Wednesday, 10 June 2015

Konspirasi Yahudi! Malaysia Selepas Syria


Bukti KONSPIRASI YAHUDI Melemahkan negara Islam dan kini giliran Malaysia

Muncul beberapa penulisan yang membuka rahsia percaturan Yahudi di ambang kemusnahan dunia. Ramai diantara penulis dunia yang tidak sehaluan dengan Yahudi semakin berani menukilkan berita kepalsuan dan kebobrokan perancangan Yahudi Sedunia untuk mencabar taqdir yang telah Allah tetapkan. Yahudi sedaya upaya melalui pelbagai saluran akan cuba menutup sebaran maklumat berkenaan.

Dunia sudah menghampiri kiamat.



Lihatlah hasil kerja Yahudi yang sedang memporak perandakan dunia Islam. Melalui jaringan yang mantap penuh rahsia (wang riba menjadi senjata). Jalan yang paling mudah ialah menghidangkan hiburan dan mengajak manusia melakukan kerja bodoh. Meniupkan sentimen perseteruan sesama sendiri. Manusia akan disibukkan dengan pertelingkahan politik dan berpecah belah kerananya. Melemahkan kesedaran keagamaan. Merancakkan kehidupan bebas terutamanya melampiaskan syahwat seks dan tergilakan keseronokan.  



Akibat darinya tidak ramai manusia akan berminat lagi untuk mengkaji dan memperhebahkan perbuatan jahat Yahudi kepada orang ramai. Artikel atau rencana hebat sebegini hanya tinggal diam sebagai tulisan yang tidak bermenfaat. Hanya sebilangan kecil dari manusia masih terus mencari maklumat dan cuba memahaminya. Inilah sebahagian dari mereka yang beruntung. Selebihnya hanya menjadi makanan ruji bangsa Yahudi.

Cuba anda tanyakan anak-anak anda, berapa ramaikah dari mereka yang faham permainan Yahudi ini? Berapa ramai pula dari mereka yang pernah membaca "Protokol Zionis"? Atau paling ringkas, sejauh mana mereka tahu apa yang berlaku hari ini adalah hasil dari kerja jahat Yahudi?

Sebahagian besar umat Islam sebagaimana yang telah mereka (Yahudi) rancang, sedang enak dilekakan dan seterusnya ditarik keluar dari keinginan untuk mengkaji perkara ini. Bukan sahaja anak-anak muda malahan orang dewasa juga terutama para ibu lebih suka kepada hiburan dari berita semasa. Anak muda amat sibuk denga facebook dan telefon bimbit model baru dari membaca bahan-bahan ilmiah. Para ibu pula sibuk dengan telenovela atau drama Korea. Ia berlaku dalam semua rumah orang Islam kecuali sedikit.


Kesan dari semua kejadian ini, semakin hari semakin kurang penentangan terhadap Yahudi. Inilah yang mereka harapkan.

Mereka (Yahudi) berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan "Protocols of Elder of Zion" ataupun seperti apa yang kita kenal "Protokol Zionis". Untuk itu mereka berkonspirasi demi konspirasi atau jika perlu mengadakan konspirasi atas konspirasi berlapis-lapis. 

Bukanlah mudah bagi manusia biasa untuk memahami permainan mereka, malah cerdik pandai pun terpedaya dan secara tidak sedar telah menjadi alat mereka. Paling mudah untuk kita lihat ialah pekerja, pegawai dan pengusaha sesabuah bank atau finance. Mereka semua tidak sedar bahawa mereka telah menjadi alat permainan Yahudi. Jikalau mereka sedar sekalipun, mereka tidak akan dapat keluar darinya kerana habuan yang mereka terima amat lumayan.

Para akautan misalnya telah sekian lama bertugas sebagai "juru bawa" alat-alat penting Yahudi, menjadi pakar ekonomi untuk berterusan menyemarakkan wang riba. Ramai yang berkempen untuk menggoda anak muda menjadi pemegang baru kad kredit. Kad hutang yang penuh prestij ciptaan bank Yahudi ini (termasuk Bank atas nama Islam). Memerangkap mereka dalam beban hutang dan terus menerus menjadi hamba kepada riba. Untuk menjadi seorang akauntan, mereka wajib mempelajari bagaimana untuk membuat keuntungan hasil riba. Adakah mereka sedar mengenainya?


Namun dosa mereka bergantung kepada niat dan hajat mereka. Bukan kita yang layak membuat hukuman. Apa yang kita hendak sampaikan ialah, tiada manusia di zaman akhir ini akan mampu melepaskan diri dari perangkap yang mereka (Yahudi) sediakan. Jika dalam keadaan terpaksa, yakni tiada pilihan, masih ada harapan mendapat pengampunan dari Allah Azzawajalla. Jika tidak, kita bakal diazab oleh Allah di hari akhirat kelak. 


Apa yang berlaku dewasa ini, masing-masing akan cuba berhelah dan mendakwa bahawa mereka dalam keadaan terpaksa, namun hati kecil mereka pasti meronta jika mereka hanya beralasan. Semua bergantung kepada niat sesaorang. Kita tidak akan memanjangkan persoalan dosa pahala riba ini, biarlah ahli fekah memberikan pandangan. 

Kebergantungan manusia akhir zaman terhadap sistem Yahudi telah menyeluruh. Ia ada dalam semua sistem. Dengan sebab itu konspirasi dapat mereka jayakan dengan kemas dan penuh rahsia. 

Zaman sebelum ini, Yahudi hanya menumpukan perhatian mengumpul seberapa banyak dana dan emas. menguasai ekonomi dunia. Menganjurkan seluruh masyarakat menggunakan wang kertas sebagai "nota kewangan" mengganti emas, secara tidak langsung memaksakan riba. Setelah kekayaan melimpah ruah, mereka menyusun strategi selanjutnya iaitu untuk memperolehi kuasa politik pula. Konspirasi demi konspirasi diatur menjurus kepada kepentingan ini. Terus menerus berlaku sejak Amerika mula mendominasi politik dunia. Selepas perang dunia kedua.

Kini mereka sudah bersiap sedia sepenuhnya menguasai keseluruhan muka bumi dengan mengujudkan apa yang mereka rancang sejak awal iaitu NWO (New World Order). "Kerajaan Baru Dunia" ini sebenarnya ialah "Satu Kerajaan Dunia" atau "Kerajaan Tunggal Dunia". Kerajaan Pimpinan Yahudi di Israel. Kerajaan-kerajaan lain yang ada hanyalah sebagai wakil daerah sahaja. Sesuai dipanggil PROKSI kepada pemerintah pusat (Israel).

Sekarang mereka sedang ghairah menyedut dan meratah setiap inci padang pasir Arab. Mana-mana pemimpin Arab yang tidak mahu mengikut kata akan dibunuh melalu konspirasi terancang yang halus dan licik. Setelah Arab menjadi lemah dan hanya bergantung sepenuhnya kepada USA (jentera Israel) maka tiada lagi tentangan untuk Israel melebarkan tanah jajahannya dari tebing Sungai Nil di Mesir hingga ke Sungai Tigris di Syria. Inilah Israel Raya yang luas terbentang. Merekalah tuan punya kerajaan seluruh dunia (menggantikan USA).

Sekarang kita mungkin dapat rasakan kebenaran bahawa revolusi di Syria itu hanyalah papan catur Yahudi untuk menghidupkan Israel Raya. Jika demikian, untuk apa sokongan diberikan kepada penentang al Assad? Jawapannya ialah untuk memudahkan wujudnya Greater Israel. Masyarakat dunia digesa memberi sokongan kepada pemberontak. Assad dilabelkan sebagai "zalim" sebagaimana Saddam dan Ghadafi. Sokongan dari penganut Islam amat diperlukan untuk menutup sebarang rahsia penglibatan mereka. Secara tidak langsung, kita kaum Muslimin juga bersepakat membantu kewujudan Israel raya.

Pelbagai keburukan Assad muncul satu persatu. Seolah telah diatur mengikut skrip. Proksi Yahudi Amerika diangkat sebagai pengganti pemerintah sebagaimana yang berlaku di Iraq, Tunisia, Aljeria, Libya, Mesir dan sudah semestinya Syria juga nanti. PBB digunakan sebagai alat mempermudahkan Yahudi menguasai kerajaan-kerajaan Arab ini.

Libya sekarang masih belum selesai dan terjebak pula dalam perang saudara. Media Yahudi yang begitu heboh memburuk-burukkan Muammar satu masa dahulu, kini diam membisu seolah tiada apa-apa yang berlaku di sana. Samalah juga dengan apa yang sedang berlaku di Syria sekarang.

Mari kita lihat bukti bahawa revolusi Arab itu sebenarnya satu konspirasi Yahudi. Satu artikel yang sendirinya membuktikan Arab Spring adalah satu pembohongan nyata. 


Pengaruh Yahudi semakin melebar

Kita tak perlu pergi jauh untuk melihat bukti-bukti ini. Ia sedang bermula di sini. Siri BERSIH adalah salah satu flatfom untuk memulakan api sengketa dan disusuli dengan desakan "CHANGE". Anwar dengan berani dan bersahaja mengeluarkan kenyataan bahawa "we want change". Dia tahu bahawa kita semua sudah maklum bahawa perkataan ini asalnya dari USA semasa menceroboh negara Islam. Dia ingin memberitahu kepada kita bahawa dia dilindungi oleh satu kuasa besar. Dia sudah tidak takut lagi.

Sebelum bermulanya demostrasi BERSIH 3.0, Anwar dan beberapa pegawainya telah membuat pertemuan dengan beberapa pegawai kedutaan luar. Untuk apa? Lihat artikel sebelumnya. Jadi jangan hairan jika selepas ini akan ada berbagai-bagai berita buruk mengenai Malaysia terutamanya terhadap Najib Tun Razak. Ia akan digerakkan oleh semua agensi berita dunia (milik Yahudi). 

Secara kebetulam BERSIH 3.0 memberikan jawapan terhadap teka-teki ini. Pegawai Polis dipukul sehingga hampir mati. Kenderaan polis diterbalikkan hanya dengan persepsi bohong bahawa di bawah kenderaan itu ada mangsa yang dilanggar.

demonstrasi bermula ganas belajar dari siapa?

Terbaru diedarkan video menunjukkan Anwar sendiri secara berisyarat memberi arahan kepada Azmin agar hadangan yang menghalang laluan ke Dataran Merdeka dibuka. Dalam satu sesi sidang media di pejabat PKR, Anwar dan Azmin gagal memberi penjelasan berkaitan dengannya walaupun diasak bertubi-tubi. Mereka tergagap dan hilang punca apabila ada diantara pemberita mengatakan mereka sendiri dengar arahan Azmin kepada pembantunya supaya membuka penghadang tersebut.

Kita akan ketahui sama ada kenyataan itu benar atau sebaliknya dari cara jawapan diberi. Sekarang terjawaplah permasalahan siapa yang bertanggung jawab terhadap penyerbuan demostran ke Dataran Merdeka serta mencabar arahan mahkamah. Apa tujuan arahan tersebut, kita sedia maklum. Memang benar Anwar cuba sembunyikannya, Azmin dan Tian Chua juga bermatian menafikannya.

http://www.youtube.com/watch?v=59YTeT5cuuM&feature=player_embedded

http://www.youtube.com/watch?v=tQMEC-n1Zc0&feature=related

Kita tidak peduli bentuk jawapan yang berbelit-belit itu, tetapi apa yang kita dapat lihat dari peristiwa BERSIH ini ialah adanya tangan gelap dibelakang tindakan mereka. Mereka telah siapkan perancangan dengan rapi. Signal dari Anwar adalah penentu bila rempuhan akan dilakukan. Sengaja lakukan provokasi mengharap ada kemalangan (kematian) menimpa peserta demonstrasi membolehkan siri berikut (yang lebih besar) dapat dilakukan (ver 4.0). Sebab itu juga mereka sengaja menolak arahan Dewan Bandaraya dan mahkamah. Setakat hendak "duduk dan bantah" mengapa mereka mesti menolak tawaran 4 lokasi yang ditawarkan kepada mereka?

Sebaliknya yang berlaku ialah para peserta demo aman (duduk bantah) ini sendiri yang mengkasari pegawai keselamatan. Kali ini polis bersikap penuh sabar sehinggalah mereka mengganas dan menyerbu untuk menguasai Dataran Merdeka. Agama dipergunakan sewenang-wenangnya oleh pemimpin mereka. Perkataan jihad telah difatwakan bukan pada tempatnya. Wajarkan menawan Dataran Merdeka itu dikatakan satu "jihad"?

Anwar merancang sebagaimana trend Arab Spring. Siapa yang mengasuhnya? Apa matlamatnya? Selepas ini pasti akan ada lagi siri selanjutnya sehinggalah Anwar dapat menjadi Perdana Menteri. Saya percaya akan ada kejutan hebat dalam masa terdekat. Biarlah saya rahsiakan penemuan ini dan jika tiada halangan saya akan cuba poskan artikel khas mengenainya kemudian. Perancangan ini amat menakutkan siapa sahaja yang mendengarnya dan ia masih lagi dirahsiakan demi menjaga keamanan negara.

Malaysia adalah pilihan USA selepas Syria. Menakutkan? Ia bukanlah satu penipuan atau sengaja diada-adakan. Ada sumbernya yang cukup jelas. Cuba baca dari beberapa artikel di ABATASA2. Semoga mendapat petunjuk mengenainya.

Untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai apa yang bakal melanda negara kita, eloklah kita lihat apa yang telah ditulis oleh sahabat blog ini di bawah, sebagai bukti Arab Spring adalah agenda Yahudi..

Revolusi Arab

Tidak lama dahulu, ketika tercetusnya kebangkitan rakyat di Tunisia yang kemudiannya menjalar hingga ke Mesir sebelum ke Libya, para pengkaji sosial politik berteraskan agama seperti Sheikh Imran N Hosein, telah menyebut, ia adalah salah satu daripada rancangan pihak Yahudi Zionis.Pandangan beliau juga pernah dikongsi oleh beberapa orang blogger di Malaysia. Namun, dek kerana terlampau taksub dengan al-kisah (konon) kebangkitan Islam di akhir zaman (yang sememangnya akan berlaku suatu hari nanti), maka ramailah umat Islam yang terpengaruh dengan seni tipu-daya dan helah musuh-musuh Allah SWT ini.



Mereka (umat Islam) tidak sedar bahawa kesemua yang berlaku seperti kebangkitan kuasa rakyat hinggalah kepada kejatuhan para diktator telah terlebih dahulu dimaklumkan oleh kelompok secret society. Konspirasi Yahudi atau dalam makna kata lainnya, tipu muslihat Yahudi telah dinyatakan di dalam Al-Quran :

Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya. {1}


Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat, Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya). Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa. {2}


Firman Allah SWT di dalam Al-Quran sendiri telah membuktikan betapa tidak akan redha bangsa Yahudi terhadap umat Islam. Portal berita Islam terbesar Indonesia, Era Muslim telah menerbitkan satu artikel bertajuk Imran Hosein Dan Konspirasi Timur Tengah. Artikel tersebut adalah manifestasi daripada persoalan yang diutarakan oleh seorang individu bernama MuammarF berkaitan hujah ulama terkemuka dunia, Sheikh Imran N Hosein pada 2003. Sebelum berlaku Arab Spring lagi, Syekh Imran sudah tahu peristiwa itu akan berlaku.


Soalan : Apakah benar, jatuhnya para ditaktor di Timur Tengah dan kebangkitan Islam di Timur Tengah adalah sebahagian daripada sandiwara Zionis ?

Jawapan : Alasan Syeikh Imran Hossein mendakwa akan berlakunya revolusi Timur Tengah memang sangat wajar. Sejak lama dahulu, Rabbai Fischmann, anggota Jewish Agency for Palestine, di depan UN Special Committee of Enquiry pada 9 Julai 1947 sudah mengatakan bahawa The Promised Land untuk bangsa Israel memanjang dari Sungai Nil hingga ke Eufrat. Ia termasuk sebahagian dari Syria dan Lubnan. Wilayah itu mencakupi wilayah Timur Tengah, tidak terkecuali Arab Saudi.

Jika anda perhatikan, siapakah yang beruntung dari terbongkarnya kabel diplomatik yang dilancarkan wikileaks antara Amerika dengan Negara-negara sekutunya? Israel atau dunia Islam? Di tengah krisis yang menerpa hampir seluruh Negara Timur Tengah, menariknya hanya Israel negara yang relatif masih bertahan.

Sejak tahun 2006, seperti dilaporkan oleh The Armed Forces Journal, dalam sebuah laporan berjudul The new maps of muslim world and middle east tergambar jelas rancangan perubahan peta dunia Islam di mana Amerika Syarikat akan memecah berbagai dunia Islam. Yang menariknya adalah Saudi yang akan dipecah menjadi tiga bahagian: Sunni, Syiah, dan sacred state (seperti daerah istimewa).

Melihat kepada persitiwa akhir-akhir ini, mungkin rancangan AS itu akan cepat terwujud. Kedudukan Arab Saudi sekarang diserang dari pelbagai sudut. Dari dalam, mereka diserang liberalisme. Sedangkan di Selatan mereka akan dikikis oleh Syiah Yaman. Para ahli politik dunia Arab menyebut bahawa perang antara Arab Saudi dan Iran sudah berlangsung di sempadan Saudi-Yaman. Houthi yang lebih taat kepada Iran dan mempunyai persamaan ideologi dijangka akan menyebarkan mazhab Syiah di Jazirah Arab. {3}

Kita memang sangat setuju dengan kejatuhan para diktator Arab di berbagai negara Islam. Namun menggantikan Mubarak, Ben Ali, dan Gaddafi dengan sistem demokrasi juga adalah tidak bagus. Dimana ada demokrasi, pasti disana ada Yahudi. Sekarang kita boleh lihat dengan jelas adakah parti-parti Islam yang komitmen untuk menjadikan negarannya dengan konstitusi syariat pasca revolusi?

Di Tunisia, Abdul Hamid Jalashi dari Parti An Nahdhah, mengatakan, “Kami Akan Bekerja Untuk Membangun Masyarakat Sekuler Pluralistik.” Di Mesir, dalam pertemuan dengan senator Demokrat (10/12) dari Massachusetts, pejabat Ikhwanul berjanji untuk menghormati hak-hak sivil dan perjanjian antarabangsa yang telah ditandatangani pada masa lalu, termasuk mengkaji kembali perjanjian damai Mesir dengan Israel.


Di Maghribi, lebih teruk. Dalam sebuah wawancara Al-Arabiya dengan pimpinan Parti Keadilan dan Pembangunan Marocco, Abdullah bin Kiran, menegaskan bahawa akan memerintah sebagai parti politik dan bukan sebagai parti beragama. “Agama milik masjid dan kami tidak akan ikut campur dalam kehidupan peribadi warga,” ujarnya. Bin Kiran juga membantah bahawa partinya akan memaksakan jilbab pada perempuan Maghribi.

Who is this rebel “spokesman” pathetically asking Israel for help?


Di Libya, kedutaan besar Israel akan berdiri disana pasca tumbangnya Gaddafi. Jurucakap pembangkang Libya, Ahmad Shabani yang juga merupakan orang yang rapat dengan Israel. Kepada Akhbar Hareetz Israel, (2/8/11), Shabani pernah meminta Israel untuk turun padang menengahi keadaan yang kacau bilau di Libya. “Kami meminta Israel menggunakan pengaruhnya di masyarakat internasional untuk mengakhiri rejim Gaddafi dan keluarganya,” katanya.


Kenapa Israel sangat berkepentingan terhadap isu Libya? Kerana dalam senarionya, Libya akan dijadikan penguat pangkalan pertahanan Israel untuk mematangkan rencana mereka menguasai pangkalan Geopolitik Timur Tengah. Dengan meletakkan kepentingan Zionis di Libya, Mesir, Tunisia, Al Jazair, Somalia, dan Sudan, ia akan mengukuhkan jalur kekuatan ekonomi Israel dan otomatis membentuk order dunia baru (New World Order) yang semakin meng-hegemoni.Wallahua'lam. (Muhammad Pizaro Novelan Tauhidi) {4} 

Semua yang berlaku di Timur Tengah kini adalah tipu muslihat Yahudi Zionis sebagai salah satu usaha mereka untuk menyambut Antichrist. Mungkin anda tidak percaya. Berikut adalah beberapa petikan menarik daripada buku-buku dan hujah beberapa tokoh Kristian dan Yahudi :

Third World War, which will begin between Israel and her Arab neighbors and spread to the entire world. Literally, out of the smoke and destruction of this Third World War, Antichrist will come striding! {5}

"...secara keseluruhannya, secara rahsia pemuka Yahudi sedang menyediakan tempat kembalinya Raja mereka (dibaca Dajjal) dari jalur keturunan Nabi Daud untuk memimpin dunia dan gerakan Freemason yang bertindak sebagai jaringan dan objektif kita. Gerakan Freemason telah digunakan bagi memanipulasi masyarakat (dunia) ke arah pelan yang dipilih oleh pemuka Yahudi untuk menguasai dunia." {6}


Dan dibawah adalah kenyataan rasmi daripada seorang cendiakawan Katholik Russia, Prof Sergei Nilus, yang dibunuh sebelum sempat melancarkan buku keduanya yang mendedahkan perancangan Yahudi Zionis dalam penantian kemunculan Raja mereka. Ia dipetik dari buku beliau bertajuk The Great Within The Small.

"….sudah hampir empat tahun Protokol-Protokol Para Ilmuwan Zionis ini berada di dalam simpanan saya. Hanya Tuhan sajalah yang mengetahui, betapa saya telah berusaha untuk membawanya ke pengetahuan ramai – tetapi sia-sia – malah untuk memberikan amaran kepada mereka yang berkuasa, dengan mendedahkan punca-punca keributan yang melanda Rusia yang seolah-olah bersikap tidak acuh….."

“…..hanya sekarang, apabila saya khuatir ianya mungkin sudah terlambat, saya telah berjaya menerbitkan hasil kerja saya ini, dengan harapan ia dapat memberi amaran kepada mereka yang masih mempunyai telinga untuk mendengar dan mata untuk melihat."

“…seseorang itu tidak dapat meragui lagi bahawa kemenangan kerajaan Raja Israel dicapai setelah dunia mengalami kemorosotan samalah seperti kuasa Syaitan, dengan kuasa dan sifatnya yang menggerunkan; Raja yang dilahirkan dari keturunan Zionis (Yahudi) iaitu AntiChrist (Dajjal) – makin hampir untuk menduduki takhta empayar sejagat (masyarakat dunia)….”

“….peristiwa-peristiwa dicetuskan dalam jangkamasa yang pantas di dunia: perkelahian, peperangan, kebuluran, khabar angin, wabak penyakit, gempa bumi – kesemuanya yang kelihatan mustahil sebelumnya, pada hari ini menjadi kenyataan….. Seseorang itu mungkin tidak terfikir hari-hari berlalu terlau pantas untuk menyegerakan matlamat insan pilihan (Dajjal).”

“….di sanubari saya, saya dapat merasakan bahawa masanya telah tiba untuk mengadakan Majlis Oecumenical ke-8 yang akan menyatukan pastor dan wakil-wakil semua umat kristian. Semua perbalahan sekular dan perpecahan akan dilupakan bagi menyiapkan diri untuk menentang ancaman AntiChrist (Dajjal) yang mendatang.” {7} 

Penguasaan anasir jahat untuk memanipulasikan gereja bukan sekadar satu plot cerita satu karya seni semata-mata seperti yang dipaparkan di dalam novel Dan Brown, Angle and Demons, tetapi ia juga adalah satu kebenaran yang telah lama terlepas dari pandangan kebanyakan pihak. Buktinya, pada awal tahun 1770-an, Adam Weishaupt sendiri telah memeluk agama Kristian Katholik hingga dilantik menjadi paderi di gereja besar Ingolstadt. {8}


p/s: Dan Brown sendiri dalam novelnya, menyebut "all rituals, science, artworks and monuments in this novel are real."______________________________________________

1. QS Ali-Imran 3: 54
2. QS Ath-Thaariq ayat 86: 15-17
3. Jika benar Syiah akan menguasai Jazirah Arab suatu ketika nanti, maka merekalah yang akan menjadi golongan yang diperangi oleh Imam Mahdi sepertimana yang telah disebutkan dalam beberapa buah hadith sahih antaranya, Dari Jabir bin Samurah r.a dan dari Nafi' bin Atabah bin Abu Waqqash berkata : Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya, "Kalian akan memerangi Jazirah Arab kemudian Allah menaklukkannya untuk kalian. Kemudian kalian akan memerangi Persia dan Allah menaklukkannya untuk kalian. Kemudian kalian akan memerangi Romawi dan Allah menaklukkannya untuk kalian. Kemudian kalian akan memerangi Dajjal dan Allah menaklukkannya untuk kalian." Nafi' berkata; Jabir berkata; "Dajjal tidak akan keluar sampai Romawi ditaklukkan." [Hadith Riwayat Imam Ahmad: 1458] Diriwayatkan juga oleh Imam Muslim dari Nafi' bin Atabah. Rujukan lanjut - Amin Muhammad Jamaluddin, Singkatnya Usia Umat Islam Kedatangan Imam Mahdi & Munculnya Dajjal, hlm 122
4. Petikan artikel terbitan EraMuslim.com, Imran Hosein Dan Konspirasi Timur Tengah, http://www.eramuslim.com/konsultasi/konspirasi/imran-hosein-dan-konspirasi.html
5. http://www.cuttingedge.org/news/n1056.html
6. The Protocol of the Meetings of Elders of Zion, Protokol 4, 30. Buku Muhammad Nurani Maarif,Fitnah 2012 Konspirasi Galaktik, hlm 103.
7. Ibnu Yaacob, Teori Dajjal Sebagai Perancang Konspirasi Yahudi Sudah Lama Wujud, http://dajjal.wordpress.com/2007/12/08/teori-dajjal-sebagai-perancang-konspirasi-yahudi-sudah-lama-wujud/
8. Ibnu Yaacob, Rahsia Simbol Yahudi, Moon Media Enterprise, hlm 45
petikan dari  MACJAY.net

Dari beberapa siri BERSIH, kita sekarang sedang memulakan period pertama helah yang sama sebagaimana diterangkan di atas sana. Kepentingannya mungkin tidak sama sebagaimana matlamat bangunkan The Greater Jews sebagai  The Promised Land untuk bangsa Israel memanjang dari Sungai Nil hingga ke Eufrat. Tetapi ia akan menjadikan NWO mudah dilaksanakan. Buat sementara waktu umat Islam negara ini masih berkeras menolak kewujudan kerajaan dunia yang dikawal Yahudi, dibimbangi akan melambatkan proses tersebut.

Teliti semua episod Arab Spring (revolusi?) tersebut, adakah ia berpaksikan Islam? Jelas sekali tidak. Ia berperanan melebarkan Liberalisma dan Demokrasi Yahudi. Demokrasi akan membantu NWO (New World Order) sebagai kenyataan.

Telusurilah dengan hati nurani satu persatu peristiwa yang berlaku di Malaysia kebelakangan ini. Juga apa yang berlaku esok dan hari mendatang. InsyaAllah akan menjelaskan lagi bukti yang diketengahkan ini. Kekelabuan fakta menjadikan kita termangu-mangu dan salah langkah. Persepsi dendam kesumat dimarakkan agar rakyat melupakan kebaikan yang pernah diterima (perkara sama berlaku kepada Libya).

Pihak Barat dalam diam telah berkerjasama untuk mengangkat proksi USA sebagai pemerintah negara walaupun mereka tahu dia mempunyai masalah moral yang berat. USA telah berkomplot dengan negara sahabat dengan alasan untuk menghalang kebangkitan China. Itu hanya gimik Yahudi semata-mata sama seperti cerita ingin merampas minyak dari negara Arab yang diperangi (Iraq dan Libya). Licik permainan mereka.

Tidak banyak bezanya apa yang berlaku di sana dan di sini. Hanya manusia yang sudi berfikir akan dapat melihat muslihat halus ini. Sejak 2008 usaha menamatkan keamanan dan keharmonian terus berjalan. Kemarahan dan dendam terus dipupuk bagi membangkitkan sifat memberontak (hasilnya tidak banyak membawa kebaikan, lihat Indonesia yang penuh siri demonstrasi. Majukah negara Indonesia?). Pemberontakan mencetus huru hara dan kemusnahan. Apa kebaikannya?

Usahlah mendabik dada mengatakan anda seorang pahlawan memertabatkan bangsa dan negara. Jauhilah dari sikap hipokrasi. Akuilah bahawa anda sebenarnya seorang pendendam dan tidak punya sifat murni sebagai pemaaf. Pemaaf adalah sifat para Nabi dan Wali Allah. Sebaliknya kita membawa wadah bertentangan. Islam yang berakhlak ialah Islam yang suka memaafkan kesilapan sesama Islam. Anda bagaimana?

Ini bukanlah satu propaganda atau membangunkan sengketa sesama umat. Ia adalah bahan untuk difikirkan secara waras sejauh mana kita terbabit dalam merealisasikan impian Yahudi. semoga saya dan anda terhindar dari menjadi alat pekakas mereka.

Semoga Allah menamatkan segera niat Yahudi ini dan menyelamatkan Malaysia dari dikuasai mereka. Amin Amin Amin Ya Rabbal alamin

Lim Kit Siang Pernah Halau Melayu

PENASIHAT Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang melenting apabila parti itu didakwa diresapi elemen-elemen komunis sementara PAS pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi penganas Jemaah Islamiah JI).

Reaksi spontan Kit Siang terhadap kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dalam Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen 19 Julai lalu harus difahami dalam konteks sejarah penubuhan DAP dan kaitan parti itu dalam rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Bagi golongan muda yang tidak melalui peristiwa berdarah 43 tahun lalu mungkin tidak begitu mengerti mengapa tokoh veteran DAP itu amat marah terhadap dakwaan tersebut, tetapi generasi yang melihat dengan mata kepala mereka sendiri tragedi paling dahsyat dalam sejarah negara itu sudah tentu memahami sebab musabab reaksi cacing kepanasan beliau. 

Sejarah awal penubuhan DAP mempunyai kaitan rapat dengan Parti Tindakan Rakyat Singapura (People’s Action Party - PAP ) yang di tubuhkan pada tahun 1954.Antara pelopor awal PAP ialah Lee Kuan Yew yang bertindak sebagai setiausaha agung parti itu.

Sejurus Singapura berpisah daripada Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti itu di negara ini dibatalkan sebulan kemudian.Maka untuk meneruskan agenda PAP yang 100 peratusnya adalah pro-Cina, Devan Nair, Ahli Parlimen Bangsar ketika itu berusaha menghidupkan kembali parti itu dengan mendaftar sebuah parti baru dipanggilParti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan kerana mempunyai persamaan dengan PAP dari segi nama. 

Devan Nair lalu menukar nama tersebut kepada Parti Tindakan Demokratik atau Democratic Action Party (DAP) yang diluluskan secara rasmi pada 19 Mac 1966.DAP yang baru ditubuhkan itu dipelopori pula oleh Kit Siang yang dikatakan mempunyai pertalian famili dengan Kuan Yew yang berasal dari Batu Pahat, Johor. 

Dari segi lambang parti, prinsip perjuangan dan cara berpolitik, tidak ada bezanya antara DAP di Malaysia dan PAP di Singapura.

Maka tidak hairanlah sehingga ke hari ini generasi pemimpin baru DAP seperti anak Kit Siang, Lim Guan Eng meneruskan tradisi berkiblat kepada PAP terutamanya setelah parti itu memerintah Pulau Pinang. 

Bukankah Guan Eng sendiri mengaku bahawa beliau sering melakukan lawatan ke Singapura setiap dua minggu untuk bertemu mentor besar DAP, Kuan Yew serta mendapatkan arahan-arahan spesifik berhubung gerakan kerja politik parti itu di Malaysia?

Apabila DAP dan Gerakan (ketika itu masih menjadi pembangkang) menang besar di Selangor pada pilihan raya umum tahun 1969, kedua-dua parti itu menjadi besar kepala.

DAP menggunakan kebebasan bersuara tanpa batasan dan kawalan untuk mengutuk dan menghina bangsa Melayu dengan kata-kata kesat dan mengaibkan dalam perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur dengan membawa sepanduk dan pembesar suara.

Baru sahaja 12 tahun kaum Cina diberi taraf kerakyatan penuh melalui dasar 'jus soli' sebagai salah satu syarat utama Inggeris untuk kemerdekaan, orang Cina sudah naik tocang.

Menurut Laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Almarhum Tun Abdul Razak Hussein, tindakan DAP mengadakan perarakan jalanan meraikan kemenangan mereka dengan menghambur sentimen perkauman terhadap bangsa Melayu menjadi pencetus kepada rusuhan kaum yang menelan korban lebih 2,000 nyawa.

Sehari setelah melenting, Kit Siang bertukar nada dengan mengatakan parti itu ingin bekerjasama dengan Barisan Nasional untuk menghindari tragedi 13 Mei berulang.Tujuannya ialah untuk menutup dosa besarnya sebagai pengerak utama 13 Mei dan membasuh tangannya yang berlumuran  darah rakyat tidak berdosa yang didalangi tidak lain tidak bukan oleh Kit Siang sendiri.

Slogan yang dicanang oleh Kit Siang dan pemimpin DAP Cina lain pada perhimpunan dan perarakan mereka yang menjurus kepada peristiwa berdarah 13 Mei ialah "Malai si" yang bermakna "Mati Melayu".

Pada 11 Mei penyokong DAP berteriak:-

 

"Apa polis boleh buat, kita raja. Buang sama polis Melayu."

Di Jalan Bukit Bintang pada hari yang sama, DAP melaung:

"Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan."

Di Jalan Changkat Dollah pula mereka mengapi-apikan bahawa:

"KL sekarang Cina punya."

Sehari kemudian pada 12 Mei di Jalan Ipoh dan Jalan Tunku Abdul Rahman, penyokong DAP menjerit:

"Melayu balik kampung, Melayu sekarang tidak ada kuasa. Sekarang kita Cina sudah 'control'."

Malah sejarah mencatat kenyataan angkuh Kit Siang sendiri di Jalan Khir, Kampung Baru, di hadapan orang Melayu ini denga berkata:

"Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudah ada kuasa."

Keesokan harinya pada 12 Mei di hadapan Balai Polis Jalan Pudu, penyokong Cina DAP terus melaungkan:

"...semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis."

"Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau."

Hari yang sama mereka juga mengutuk bangsa Melayu di Jalan Canvel:

"Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu."

Di Jalan Bukit Bintang, DAP pula berkata;

"Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu."

Hakikatnya, DAP tidak akan bertukar menjadi sebuah parti  yang memperjuangkan hak-hak bangsa Melayu dan pribumi kerana sikap rasis dan perkauman tebal sudah menjadi darah daging mereka.

Tuesday, 9 June 2015

Muhyiddin Yasin Bakal Disingkir?

LAWATAN rasmi Najib Razak ke Arab Saudi sambil menunaikan umrah bermula Sabtu lalu hingga semalam bersama dua Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein, menimbulkan spekulasi yang makin meluas bahawa ia akan disusuli dengan rombakan kabinet selepas ini.

Baik dalam suasana aman, apatah lagi ketika gelora politik makin membara berikutan kritikan berterusan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad ketika ini,  hakikatnya amat janggal bagi Perdana Menteri membawa dua orang Naib Presiden Umno sekaligus untuk mengiringinya bagi menunaikan umrah, kecuali ada permuafakatan yang perlu disepakati di tanah suci itu.

Lantaran itu menjadi perbualan ramai bahawa pemergian mereka ini ada kaitan dengan suasana politik yang sedang melanda negara. Apatah lagi, pemergian itu ketika tragedi gemba bumi Sabah sedang berlaku dan seolah-olah membawa kedua-dua Naib Presiden Umno lebih penting daripada segala-galanya.

Seorang lagi Naib Presiden Umno, Shafie Apdal yang diketahui agak berbeza pendirian dengan Najib sejak kebelakangan ini, terutama berhubung isu 1MDB, tidak ikut serta atau barangkali juga tidak dipelawa untuk berumrah bersama-sama ini.

Beliau difahamkan kini berada di Russia atas urusan rasmi kementeriannya.

Dengan Najib membawa kedua-dua Naib Presiden itu ke Mekah, cakap-cakap paling sensasi menjadi bualan ialah kemungkinan Muhyiddin Yassin akan digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana kedudukannya dalam kabinet lebih dianggap sebagai ancaman serta "duri dalam daging" kepada masa depan Perdana Menteri.

Najib dikatakan sudah tidak dapat menahan sabar lagi dengan karenah dan tingkah laku Muhyiddin yang tidak cukup setia dan kurang konsisten dengannya, terutama sejak isu 1MDB meletus.

Melalui penyingkiran Muhyiddin daripada jawatan nombor dua dalam kerajaan itu, Najib bukan saja ingin membuktikan sikap ingin terus melawannya terhadap serangan Tun Mahathir, bahkan mahu menunjukkan beliau benar-benar pahlawan Bugis yang masih ada sisa-sisa keberaniannya.

Tempat Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dikatakan akan diambil alih oleh Zahid Hamidi manakala Hishammuddin yang merupakan sepupu Najib akan dikanankan lagi kedudukannya dengan diberikan portfolio Kementerian Kewangan untuk persediaan sebagai calon Perdana Menteri masa depan.

Shafie Apdal pula akan dipindahkan di kementerian lain yang kurang penting bagi mengekang pengaruh serta pergerakannya daripada terus memberi kesan negatif kepada Najib.

Sebuah agensi kerajaan yang berkaitan dengan perang saraf dikatakan telah menemui Najib beberapa minggu lalu dan mengemukakan cadangan yang antaranya ialah penyingkiran Muhyiddin daripada kerajaan dengan alasan "masa bertahan sudah berakhir" jika Perdana Menteri ingin terus kekal memimpin parti dan negara.

Agensi itu juga mahukan Najib memulakan fasa "menembak" dan "menyerang" pula selepas sekian lama mengambil pendekatan berdiam diri dan bertahan.

Selain itu, beberapa menteri juga difahamkan bakal digugurkan dalam rombakan yang akan dilakukan ini kerana Najib kini mula menyedari sebahagian daripada mereka hanya "bermain selamat" dan tidak membantunya menghadapi serangan, baik daripada Tun Mahathir atau pembangkang.

Antara pemimpin yang disebut-sebut bakal dimasukkan kembali ke dalam kabinet ialah Shahrir Samad, Pengerusi BNBBC yang sejak kebelakangan ini paling lantang mempertahankan Najib daripada serangan Tun Mahathir.

Najib dikatakan amat berpuas hati dengan cara, pendekatan dan hujah Ahli Parlimen Johor Bahru itu ketika membalas serangan yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Nama lain yang turut disebut bakal dibawa kembali ke dalam kabinet sejak dua tiga hari ini ialah Annuar Musa, Ahli Parlimen Ketereh kerana Najib ingin memanfaatkan keberanian dan kepetahan bekas menteri itu sebagai perisai barunya.

Dalam menghadapi serangan dan kritikan Tun Mahathir yang dijangka lebih panas selepas ini, Najib dikatakan tiada pilihan lain selain melantik Timbalan Perdana Menteri baru, menyusun semula kabinetnya dan meletakkan pemimpin senior yang berani seperti Shahrir Samad dan Annuar Musa untuk membentengi kedudukannya.

Bersekali dengan rombakan kabinet yang bukan saja menyaksikan penyingkiran Muhyiddin dan digantikan dengan Zahid Hamidi tetapi juga disertai dengan kemasukan semula Shahrir dan Annuar itu, sekaligus menunjukkan pahlawan Bugis sudah sedia berentap sehingga "bumi berkeping dua" sebagaimana madah yang selalu diucapkannya sebelum ini. (SH 09/06/2015) -